Wanita Ini Dedahkan Rahsia Cara Simpan Taugeh Tahan Lama

 


Tidak sangka taugeh dapat tahan selama sebulan.

Taugeh merupakan antara ramuan yang amat diperlukan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan seperti kuey teow goreng ,soto atau mi goreng 

bagi peminat taugeh lagi banyak yang diletakkan makin sedaplah makanan yang dimakan kerana keragupan taugeh sebagai penambah perasa sedap untuk juadah dinikmati

Namun begitu ,sayur ini boleh menjadi musuh bagi segelintar dari kita

bagi sesetengah yang tidak memakannya apabila pesanan makanan yang mempunyai taugeh mereka sanggup untuk membuangnya satu persatu walaupun perut  amat lapar ketika itu

Manfaat Sayur Taugeh

Menurut Hello Doktor ,taugeh mempunyai banyak protein sehingga dua kali ganda berbanding daging lembu dan ayam

Dan taugeh juga dipercayai mempunyai 100 kali ganda ezim yang mana ia dapat membantu proses pencernaan bagi tubuh badan manusia

Dalam itu juga, taugeh dikatakan kaya dengan antioksidan dan asid amino mampu dalam melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak ,kemudian  dapat membantu dalam melambatkan proses penuaan 

Namun begitu taugeh merupakan sayuran yang cepat rosak dan lebam ,dan tempoh untuk ia segar adalah singkat dan menjadi tidak ranggup lagi jika disimpan lama.

Cara Simpan Taugeh Tahan Sebulan

Perkongsian pengguna @Anihmsk tentang tip untuk menyimpan taugeh agar tidak lebam dan dapat disimpan selama sebulan

1.Pastikan cuci kesemua taugeh dengan bersih ,kemudian ambil taugeh tadi dan masukkan kedalam bekas makanan 

2.Isi air bersih sehingga taugeh tersebut terendam 

3.Tutup rapat dengan penutup bekas makanan dan simpan dalam peti sejuk bahagian chiller.

4.penting untuk menukar air dalam bekas setiap satu minggu bagi memastikan taugeh tetap segar dan jangan pernah skip dari ini agar dapat tahan selama sebulan

Begitulah cara penyimpanan yang dikongsikan agar membantu peminat-peminat taugeh dapat menikamti sayur tersebut dalam keadaan segar dan ranggup.


Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form