Menikmati zaman kanak-kanak memang tidak dapat dilupakan,tetapi pasti ada antara kita pada ketika itu tidak sabar-sabar untuk menjadi dewasa
Mana tidaknya kerana sering dikongkong dan tidak boleh membuat perkara tertentu seperti orang dewasa yang bebas kemana-mana sahaja ,tetapi bila dewasa teringin pula kembali kepada zaman kanak-kanak kerana zaman itulah kita dapat menikmatan kehidupan tanpa rasa stress.
Setiap dari kita melalui zaman kanak-kanak yang berbeza dan pastikan sesetengah perkara yang dilalui pada ketika itu kita merasakan telah dewasa
1. Punyai Basikal Sendiri
Melihat kawan-kawan mempunyai basikal pastinya menyebabkan keingginan yang sama juga ada pada masa tersebut mana tidaknya untuk kemana-mana terpaksa menunggu Ibu ayah .Bila sudah ada basikal sendiri pastinya untuk kemana-mana menjadi mudah pada zaman tersebut.
Bila sudah memilikinya pasti merasakan diri sudah dewasa kerana tidak perlu lagi untuk berharap kepada ibu bapa untuk menghantar terutamanya ke sekolah dan untuk ke kedai membeli barang sendiri pun menjadi mudah kadang kala boleh tersesat .
Pada masa kini untuk melihat anak-anak berbasikal terutamanya dikawasan bandar agak sedikit kurang mungkin disebabkan faktor keselamatan dan kerisauan ibu bapa kerana kenderaan besar sepetri kereta dan lori makin banyak di jalan raya,dan pastinya anak-anak yang berada zaman 80 atau 90 banyak merasa zaman berbasikal
2.Dapat Guna Pen Di Sekolah
Pasti ada antara kita yang mempunyai rasa seperti ini apabila dapat menggunakan buat kali pertama selepas bertahun-tahun termasuk zaman menulis menggunakan pensil dan pemadam bila dapat menggunakan pen seperti orang dewasa lain membuat perasaan bangga atau merasakan diri sudah layak dikira dewasa ketika itu
3.Buat Kad Pengenalan Kali Pertama
Pada masa dulu kad penggenalan hanya ada pada golongan dewasa sahaja berbeza dari zaman sekarang yang sudah ada Mykid .
Bila kali pertama dapat buat kad pengenalan pada masa tersebut menjadi kembagaan anak-anak kerana merasakan diri sudah boleh membuat perkara sendiri kerana merasakan diri amat cukup dewasa ketika itu .
4.Keluar Berjalan Tanpa Ibu Bapa Buat Kali Pertama
Keluar sendiri tanpa ditemani ibubapa merupakan perkara yang dianggap seronok bagi anak-anak kerana merasakan diri mampu untuk melakukan atau membuat keputusan sendiri tanpa perlu adanya ibu bapa kerana telah memperoleh kepercayaan atau lesen besar dengan mendapat kepercayaan dari mak ayah.
Waktu barulah kita sedar bahawa dunia luar dan kita harus menerokanya keinginan untuk kemana sahaja bersama kawan-kawan juga seperti melepak meghabiskan masa zaman kanak-kanak cukup untuk merasakan diri sudah dewasa ketika itu
situasi pada masa kini juga cukup sama kerana anak muda masa kini banyak terdedah kepada keadaan sosial yang luas dan bebas dan kesibukan ibubapa memberi peluang mereka untuk berada diluar lebih lama bersama-sama kawan.
5.Apabila Boleh Masak Tanpa Pengawasan
Pada masa kini penghataran melalui food dilivery menjadi satu kaedah yang popular,agak sayang kiranya generasi muda sekarang tidak lagi dilatih untuk masuk kedapur memasak.
Kemahiran memasak perlu dimiliki oleh setiap dari kita,jadi pededahan awal amat peting bagi memastikan anak-anak mampu berdikari apabila kita tidak berada dirumah ,bermula daripada memasak yang biasa seperti air ,telur dan seterusnya nasi sekurang-kurangnya mereka tahu serba sedikit cara memasak
Untuk tahap ini sudah cukup untuk membuatkan anak-anak berasa diri mereka matang kerana telah mampu untuk sediakan makanan sendiri tanpa pertolongan ibu bapa
6. Bila Pendapat Kita Diterima Oleh Mak Ayah
Semasa Kecik pasti ramai antara kita tidak berpuas hati dengan mak ayah kerana pandagan kita sering kali disangkal dan tidak terima mentah-mentah
Hendak atau tidak waktu kanak-kanak pemikiran logik kita masih lagi dangkal jadi banyak perkara perlu diperbetulkan dan akan sampai satu tahap dimana ibubapa mula rasa kita mampu berfikir secara baik dan mempunyai pandangan yang lebih bagus dapat diterima
Bila samapai ditahap ini cukup sudah menjadi kita seperti orang dewasa kerana setiap pendapat kita dapat diterima dan digunakan secara tidak langsung menjadikan kita lebih yakin dalam memberi sesuatu pendapat kepada ibu bapa