4 Produk Nokia Tidak Pernah Diketahui Dan Digunakan

 

Jenama 'Nokia' bukan sesuatu yang asing pada kita kerana pada era 90 dahulu ia menjadi satu produk yang gah berasaskan telefon  mudah alih kerana menjadi pelopor terawal pada masa tersebut.

Terkenal sebagai sebuah gergasi telekomunikasi,kisah kejatuhan Nokia awal dalam pasaran sebagai pakar inovasi dalam pembangunan teknologi baru pada era kegemilangan tersebut sehingga jatuhnya sebuah empire besar komunikasi pada masa kini kerana persaingan yang besar oleh syarikat-syarikat lain seperti Samsung dan Epal.

Selain produk berasaskan komunikasi pada kita terkejut sebenarnya Nokia juga pernah mengeluarkan produk berasaskan barangan lain yang tidak pernah kita ketahui kewujudannya

1. Tisu Tandas


Syarikat Nokia diberikan nama Sebagai 'Nokia' semperna nama pekan Nokia yang menjadi lokasi mereka bermula 

Nokia yang menjadi syarikat gergasi pada masa itu sebenarnya bermula sebagai sebuah syarikat pengeluar kertas tisu tandas,menarik bukan kepada mereka yang tidak mengetahui itulah permulaan syarikat tersebut.

Nokia AB ditubuhkan berdekatan sungai Nokia pada tahun 1871  yang menjadi sumber air penting untuk digunakan dalam peroses kayu yang digunakan bagi menghasikan produk mereka

2.Produk Kasut getah Nokia

Pada tahun 1967,tiga syarikat telah digabungkan ke bawah satu konglomerat utama Nokia Corporation

Hasil penggambungan itu,bersatulah pelbagai cabang perniagaan di bawah nama Nokia dan produk getah mereka pada tersebut menjadi sumber utama perniagaan

Penggambungan syarikat pengeluar but getah Suomen Gummitehdas dibawah Nokia,telah memperkenal produk baru dengan jenama 'Nokia'kepada pasaran dan kasut but Nokia buat pertama kalinya diedarkan pada tahun 1973

But Nokia dimulakan bagi menjadi sebuah jenama tempatan Finland yang mampu bersaing dengan
barang import keluaran Kesatuan Soviet/Russia yang menguasai pasaran ketika itu

3.Tayar Nokia 


Satu lagi siri produk Nokia yang pernah dilancarkan turut berkait rapat dengan penggunaan getah,adalah tayar kenderaan

Hasil dari legasi Suomen Gummitehdas yang diwarisi Nokia, membolehkan Nokia dapat mengeluarkan siri tayar untuk pelbagai jenis kenderaan seperti kereta,bas,lori,trak dan kenderaan berat lain

Dekenali sebagai Nokia Renkaat atau Tayar Nokia,hasil dari pembentukan Nokia Coperation pada tahun 1967 membawa kepada perkembangan pesat syarikat itu.Nokia Renkaat adalah satu-satunya pengeluar tayar di dunia yang memiliki sebuah pusat ujian tayar musim dingin di dunia yang diiktiraf.

4.Produk Nokia Data Mikromikko


Pada tahun 1980-an trend perkembangan komputer berada dalam kepesatan,melihat keadaan itu Nokia telah membuka cabang niaga baru khusus dalam pembangunan produk dari teknologi itu.

Nokia Data yang pertama kalinya ditubuhkan pada tahun 1981,telah melancarkan siri komputer pertama dibawah jenama sendiri Nokia MikroMikko 

Pembangaunan siri produk ini cukup pantas,kerana Nokia sebelum ini telah membeli divisyen komputer gergasi elektronik sweden ,Ericcson -membolehkan Nokia Data dapat melanarkan siri komputer peribadi kepada pasaran awam selepas syarikat gergasi pengkomputeran IBM melancarkan siri komputer peribadi pertama mereka.

Walaupun demikian ,tidak semua perkara yang dirancang dapat berjalan lancar siri Nokia Data ini telah menemui kegagalan kerana tidak mampu bersaing dalam pasaran menyebabkan Nokia telah mengambil keputusan untuk menjual divisyen komputer mereka kepada sebuah syarikat Britian bernama ICL di penghujung tahun 80-an

Kesimpulannya.

Jika dilihat dari inovasi syarikat Nokia ini seharusnya ia mampu untuk bertahan pada hari ini tetapi dasar dan keputusan dalam menentukan hala tuju syarikat amatlah penting bagi memastikan ia dapat reliven dan diterima masyarakat yang inginkan kelainan dan pembaharuan selari dengan kemajuan teknologi sekarang

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form